Tuesday, March 9, 2010

KEMBARA AMAL SEMARAK HIJAU (1)



Pada 7 Mac 2010, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Serdang (PKMDSS) bersama Dewan Pemuda PAS Puchong telah mengadakan Program Kembara Amal Semarak Hijau atau ringkasnya “KASEH” bermula, jam 9 pagi hingga 5.00 petang melibatkan antaranya Masjid Riadus Solihin dan Dewan Masyarakat JKP Serdang Jaya.



Berbagai program telah diadakan yang memfokuskan aspek meningkatkan kefahaman Islam, aktiviti riadah, menyedarkan masyarakat tanggungjawab mengundi, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, memperkukuhkan perpaduan dan kemesraan hidup bermasyarakat antara kaum yang berbilang agama dan bangsa, melahirkan kepekaan pentingnya kesihatan dengan membuat pemeriksaan kesihatan dan lain-lain lagi.

Antara aktiviti tersebut adalah futsal persahabatan, smart solat, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, daftar pengundi, konvoi bermotor dari bersama pemuda PAS dan Jabatan Amal.











1 comment:

  1. Syabas kepada semua, ramai sungguh yang terlibat. Alhamdulillah, inilah buktinya orang benar imannya dan orang bertaqwa. Mereka melakukan kebajikan. Rujuk ayat Al Baqarah 177 lihat disebelah kanan diatas sekali.

    ReplyDelete