Saturday, March 20, 2010

Bantuan Kepada Ibu Tunggal dan Rakyat Termiskin Kawasan MPSJ Zon 12


Pada 12 Mac 2010 (Jumaat), PKMDSS telah menyerahkan bantuan kepada ibu-ibu tunggal dan rakyat termiskin di kawasan Kampung Aman Berkat. Program itu telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Ahli Majlis Zon 12 , Ustaz Nasir Yusuf untuk mengenalpasti mereka yang sewajarnya mendapat bantuan.

Pada masa yang sama program itu diselaraskan dengan Lawatan Kerja Sehari Dato' PJ ke Puchong. Dato' Hassan telah sudi menyerahkan bantuan kepada ibu-ibu tunggal dan rakyat termiskin.

PKMDSS akan terus melakukan kerja-kerja kebajikan dengan menggerakkan program Kembara Semarak Hijau (KASEH) yang mana antara fokus utamanya adalah melaksanakan kerja-kerja kebajikan untuk meringankan beban rakyat terutamanya orang termiskin dan ibu tunggal.

Tuesday, March 9, 2010

KEMBARA AMAL SEMARAK HIJAU (1)



Pada 7 Mac 2010, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Serdang (PKMDSS) bersama Dewan Pemuda PAS Puchong telah mengadakan Program Kembara Amal Semarak Hijau atau ringkasnya “KASEH” bermula, jam 9 pagi hingga 5.00 petang melibatkan antaranya Masjid Riadus Solihin dan Dewan Masyarakat JKP Serdang Jaya.



Berbagai program telah diadakan yang memfokuskan aspek meningkatkan kefahaman Islam, aktiviti riadah, menyedarkan masyarakat tanggungjawab mengundi, menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, memperkukuhkan perpaduan dan kemesraan hidup bermasyarakat antara kaum yang berbilang agama dan bangsa, melahirkan kepekaan pentingnya kesihatan dengan membuat pemeriksaan kesihatan dan lain-lain lagi.

Antara aktiviti tersebut adalah futsal persahabatan, smart solat, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, daftar pengundi, konvoi bermotor dari bersama pemuda PAS dan Jabatan Amal.











Tuesday, March 2, 2010

Penyelia Turut Bersama Menziarahi Keluarga Mangsa Lemas





19 Februari 2010, Khamis.

Satu rombongan ziarah mewakili PAS Puchong telah menziarahi keluarga mangsa remaja yang lemas di lombong Taman Tasik Prima. Ziarah itu adalah untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga berkenaan serta menyatakan simpati diatas kehilangan seorang ahli keluarga mereka dan semoga dengan bantuan itu dapat meringankan keperluan mereka.


Bantuan disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Puchong Ustaz Mohd Soffien, dan turut bersama dalam rombongan ziarah adalah Ketua Pemuda PAS iaitu saudara Rosharizan yang juga adalah Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sri Serdang , dan di sebelah kanan sekali adalah Ketua muslimat, Puan Norhanim dan AJK Dewan Muslimat yang telah bersama menziarahi keluarga mangsa lemas. Bantuan itu telah disampaikan di rumah keluarga mangsa yang terletak di perumahan PKNS Kg. Pasir, Puchong.